1. SKIP_MENU
  2. SKIP_CONTENT
  3. SKIP_FOOTER

Soalan-soalan Lazim

1)    Q:    Sektor apakah yang dibenarkan untuk menggaji pekerja asing?

       A:    Sektor-sektor yang dibenarkan adalah seperti yang berikut:

              (a)    Perkilangan;

              (b)    Pembinaan;

              (c)    Perladangan;

              (d)    Pertanian; dan

              (e)    Perkhidmatan

                      (i)    Sub-sektor Restoran (tukang masak sahaja)

                      (ii)    Sub-sektor Pencucian dan Pembersihan

                      (iii)    Sub-sektor Pulau Peranginan

2)    Q:    Berapakah kadar bayaran levi bagi setiap pekerja yang diluluskan?

       A:    Kadar bayaran levi bagi setiap pekerja yang diluluskan adalah berbeza mengikut sektor. Setelah mendapat kelulusan, majikan hendaklah membuat bayaran levi sepertimana yang berikut:

              (i)    Sektor perkilangan           RM 1,250

             (ii)    Sektor pembinaan            RM 1,250

            (iii)     Sektor perladangan          RM   590

            (iv)     Sektor pertanian             RM   410

            (v)    Sektor perkhidmatan        

                   (a)    Restoran (tukang masak)             RM 1,850

                   (b)    Pencucian dan pembersihan         RM 1,850

                   (c)    Pulau peranginan                        RM 1,250

3)    Q:    Apakah negara sumber pekerja asing yang dibenarkan?

       A:    Negara sumber yang dibenarkan untuk pengambilan pekerja asing adalah sepertimana berikut:

              (a)    Thailand

              (b)    Kemboja

              (c)    Myanmar

              (d)    Laos

              (e)    Vietnam

              (f)    Kazakhstan

              (g)    Nepal

              (h)    Pakistan

               (i)    Sri Lanka

              (j)    Turkmenistan

              (k)    Uzbekistan

4)    Q:    Adakah pekerja asing dari negara India dibenarkan untuk bekerja dalam sektor  perkilangan?

       A:    Tidak dibenarkan. Pekerja dari negara India hanya dibenarkan bekerja di dalam sektor perkhidmatan (restoran sahaja), sektor pembinaan (high tension cable), sektor pertanian dan sektor perladangan.

5)    Q:    Adakah pekerja lelaki dari negara Indonesia dibenarkan untuk bekerja dalam sektor perkilangan?

       A:    Tidak dibenarkan. Pekerja lelaki dari negara Indonesia dibenarkan bekerja di dalam semua sektor kecuali sektor perkilangan. Manakala pekerja wanita dari negara tersebut  dibenarkan bekerja di dalam semua sektor.

6)    Q:    Berapa lamakah masa yang diambil untuk mendapatkan keputusan permohonan?

       A:    Permohonan yang lengkap dan memenuhi semua syarat yang ditetapkan dalam senarai semak akan diproses dan diberikan keputusan pada hari yang sama.

7)    Q:    Bilakah majikan perlu membuat bayaran levi dan bagaimana?

       A:    Majikan yang diluluskan permohonan pekerja asing akan menerima perakuan kelulusan dan hendaklah membuat bayaran levi dalam tempoh 48 jam dari tarikh kelulusan. 

              Bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk bank deraf di atas nama Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia.

8)    Q:    Apakah sektor yang dibenarkan jika majikan mengambil pekerja asing melalui syarikat outsourcing?

       A:    Syarikat outsourcing hanya dibenarkan membekal dan menguruskan pekerja asing bagi sektor perkilangan, perladangan dan pertanian sahaja.

9)    Q:    Adakah pekerja asing dibenarkan untuk bekerja sebagai juruwang?

       A:    Tidak dibenarkan. Pekerja asing tidak dibenarkan bekerja sebagai pekerja barisan hadapan (frontliners).

10)    Q:    Apakah kriteria yang diambil kira dalam menentukan bilangan pekerja asing yang diluluskan?

         A:    Kelulusan pengambilan pekerja asing dibuat berdasarkan kepada jumlah keperluan sebenar majikan/syarikat.

Agensi

Agensi Antidadah Kebangsaan Jabatan Imigresen malaysia Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jabatan Pendaftaran Malaysia Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Polis Diraja Malaysia Jabatan Penjara Malaysia RELA PNMB Lembaga Penapis Filem

ISO

ISO

Ikuti Kami

QR KDNTwitterFacebook KDNRSS Portal iKDNVideo KDNEmel KDN

Statistik

4362989

MyGovernment Pemudah Ketua Setiausaha Negara Malaysia Biro Pengaduan Awam MSC  1Malaysia JPA BLESS MAMPU HRMIS Suruhan Pilihan Raya Malaysia Talent Corporation Malaysia Pusat Rujukan Persuratan Melayu  Agro Hypermart