Awam | Warga KDN   phone white 03 - 8000 8000  email icon  pro[at]moha[dot]gov[dot]my

header plain mobileEN2

Orang ramai dijemput berikan pandangan terhadap pindaan Dasar Dadah Negara

YB Datuk Nur Jazlan Mohamed, Timbalan Menteri Dalam Negeri dalam ucapan perasmian Konvensyen Perangi Dadah Kebangsaan 2017 di Universiti Islam Sains Malaysia pagi tadi telah menjemput orang ramai memberikan pandangan terhadap pindaan Dasar Dadah Negara menerusi laman sesawang Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bermula hari ini sehingga 30 November.

 

Menurut beliau pindaan terhadap dasar yang telah dipersetujui dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 Mac lepas akan menjadi panduan utama dalam usaha memerangi dadah di negara ini.

 

Pindaan dasar tersebut adalah usaha bagi menangani masalah berkaitan dadah secara holistik dan komprehensif yang merangkumi lima teras utama iaitu pencegahan, rawatan dan pemulihan; penguatkuasaan; pengurangan kemudaratan dan kerjasama antarabangsa.

 

Turut hadir dalam Majlis Perasmian tersebut adalah YBhg. Dato' Sri Alwi bin Hj Ibrahim, Ketua Setiausaha KDN, YBhg Dato' Sri Nadzri Siron, Timbalan Ketua Setiausaha Keselamatan KDN dan YBhg. Dato' Dr. Abd. Halim Bin Mohd Hussin, Ketua Pengarah AADK Malaysia.

Image may contain: 7 people, people smiling, people standing and indoor

 

Agencies |

CLICK LOGO FOR SERVICES INFO

 PDRM  PENJARA  JIM  JPN  AADK  JPPM RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom

Agensi |

KLIK LOGO UNTUK KE MAKLUMAT PERKHIDMATAN AGENSI

 PDRM  PENJARA  JIM  jpn update  AADK  jppm update RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom