Awam | Warga KDN   phone white 03 - 8000 8000  email icon  pro[at]moha[dot]gov[dot]my

   kdn map en kdn feedback en kdn contact us en kdn faq en

Soalan Lazim Ikatan Relawan Rakyat

Berikut adalah soalan-soalan yang sering diajukan oleh pengunjung Portal Kementerian Dalam Negeri. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lain sila hubungi kami di talian 03- 8886 8533 atau e-mel kepada kami di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


 

Ikatan Relawan Rakyat
Keanggotaan
Saya ingin menjadi anggota RELA. Apakah syarat-syaratnya?
  Jawapan :

Semua warga negara Malaysia yang berumur 16 tahun bagi wanita dan 18 tahun bagi lelaki adalah layak untuk menjadi seorang anggota RELA. Selain itu, mereka mestilah sihat tubuh badan dan sedia berkhidmat dengan semangat kesukarelaan yang tulen.
Di manakah boleh saya dapatkan borang permohonan ?
  Jawapan :

Borang permohonan boleh di dapati dari semua Pejabat RELA Negeri , Daerah atau melalui laman web ini. Semua permohonan mestilah dihantar ke mana-mana Pejabat RELA yang berhampiran berserta dua keping gambar berukuran passpot dan satu salinan kad pengenalan. Semua permohonan yang layak akan diberikan sekeping kad keanggotaan RELA. Borang boleh didapati dari web KHEDN.
Apakah dikenakan sebarang bayaran untuk menjadi anggota RELA?
  Jawapan :

Tiada sebarang bayaran yang dikenakan untuk menjadi seorang anggota RELA.
Apakah saya diberikan elaun sekiranya saya menjadi anggota RELA ?
  Jawapan :

RELA ditubuhkan atas semangat kesukarelaan. Itulah yang menjadi asas kekuatan pasukan RELA sehingga hari ini. RELA tidak memberikan sebarang imbuhan atau ganjaran atau elaun kepada mana-mana anggota RELA sebagaimana yang diamalkan oleh pasukan-pasukan sukarela yang lain. Seseorang itu hanya akan diberi bayaran elaun sebagai ganti hilang mata pencarian sekiranya menghadiri kursus-kursus yang diadakan di Pusat-Pusat Latihan RELA Wilayah.Selain itu, anggota RELA yang mengikuti operasi atau tugas-tugas berbentuk operasi akan dibayar elaun berdasarkan pangkat dalam pasukan RELA. Elaun ini akan dibayar selama lapan jam maksima bagi satu-satu penugasan.
Adakah saya akan diberikan pakaian seragam ?
  Jawapan :

Pakaian seragam hanya akan dihadiahkan kepada mana-mana anggota RELA yang aktif dalam Operasi Tegas.Buat masa ini, kerajaan telah bersetuju memberi pakaian seragam lengkap kepada 100,000 anggota RELA yang benar-benar aktif bagi membantu menjalankan aktiviti RELA. Pemberian ini sebagai insentif untuk menghargai sumbangan anggota-anggota RELA
Saya dengar dengan menjadi anggota RELA , kita akan diberikan senapang patah ?
  Jawapan :

Memang ada. Namun begitu ia bukan dianugerahkan kepada semua anggota. Permohonan seseorang anggota RELA itu hanya akan dipertimbang dan disokong untuk mendapat senapang patah itu sekiranya mereka aktif tidak kurang lima tahun berturut-turut atau tiga tahun bagi bekas pasukan keselamatan seperti polis dan tentera, telah menjalani kursus Asas RELA , sihat tubuh badan dan mental serta tidak mempunyai sebarang rekod jenayah. Namun begitu, pihak Polis mempunyai kuasa mutlak untuk meluluskan sesuatu permohonan itu.
Adakah saya berpeluang dinaikkan pangkat dalam pasukan RELA ?
  Jawapan :

Semua anggota RELA layak untuk dinaikkan pangkat. Pertimbangan untuk kenaikan pangkat ini dinilai dari komitmen, kerjasama , sumbangan , keaktifan serta prestasi seseorang anggota itu. Tahap tertinggi yang boleh disandang oleh seseorang anggota RELA itu adalah sebagai Ketua Perhubungan RELA Mukim ( KPRM ).Selain itu, mereka mesti menghadiri kursus-kursus bagi sesuatu jawatan itu sebelum dipertimbangkan untuk dinaikkan pangkat.
Saya seorang wanita. Sesuai kah saya menjadi anggota RELA ?
  Jawapan :

RELA telah memperkenalkan Platun Khidmat Relawati ( PKR) yang dianggotai sepenuhnya anggota-anggota RELAWATI. Platun ini memberi peluang kepada anggota-anggota ini memberi sumbangan yang seimbangan dengan sumbangan anggota Relawan dengan melakukan aktiviti-aktiviti berbentuk kemasyarakatan, kebudayaan , keagamaan ,ekonomi dan pembangunan insan. Walau bagaimanapun, RELA tidak menghalang jika seseorang anggota Relawati itu mahu menjalankan tugas-tugas yang berat dan kasar seperti tugas operasi ,rondaan atau berkawat.
Apakah keistimewaan jika menjadi seorang anggota RELA ?
  Jawapan :

Sebagai seorang warganegara Malaysia yang taat dan cintakan negara, kita mempunyai tanggungjawab untuk negara kita. Rasa kecintaan dan taat setia bukan terletak kepada ucapan atau di hati tetapi ia lahir dari tindakan dan perbuatan kita. Melalui RELA , kita berpeluang untuk mencurahkan khidmat bakti dan sumbangan kita kepada negara , masyarakat dan agama secara sukarela. Semangat sukarela yang di miliki oleh anggota-anggota RELA adalah semangat sukarela yang tulen kerana ia lahir dari hati yang suci dan ikhlas. Inilah sebenarnya keistimewaan yang kita perlu banggakan dengan menjadi seorang anggota RELA. Jangan ditanya apakah sumbangan Negara untuk kita tetapi kita harus bertanya apakah sumbangan kita untuk Negara.
Latihan
 1  Adakah saya perlu menjalani latihan atau kursus ?
  Jawapan :

Semua anggota RELA yang baru, berpeluang mengikuti kursus Pengenalan selama dua hari. Pada kebiasaannya, kursus-kursus ini akan diadakan di kawasan setempat / in-situ. Kursus ini akan mendedahkan seseorang anggota RELA itu tentang tugas dan tanggungjawab RELA.Anggota-anggota RELA boleh memohon untuk mengikuti kursus-kursus lanjutan di mana-mana Pusat Latihan RELA Wilayah.
Bolehkah saya mendapat cuti sekiranya saya ingin mengikuti latihan atau tugasan yang dianjurkan oleh RELA ?
  Jawapan :

Mengikut peruntukan yang diberikan dalam Perintah Am Kerajaan ( Bab C ), seseorang penjawat awam itu akan dipertimbangkan untuk mendapat cuti tanpa rekod bagi tujuan menghadiri sesuatu latihan , kursus, kem tahunan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan atau pertubuhan-pertubuhan sukarela yang diluluskan oleh kerajaan. Peruntukan ini tidak termasuk bagi mereka yang bekerja di sektor swasta. Walau bagaimanapun, seseorang kakitangan swasta perlu mendapat pertimbangan dan kelulusan majikan mereka untuk tujuan ini dengan surat sokongan dari Pegawai RELA Daerah atau Negeri.
Apakah kursus-kursus yang disediakan dalam pasukan RELA ?
  Jawapan :

RELA menyediakan lebih 20 jenis kurus untuk semua anggota RELA. Semua kursus ini diadakan di Pusat-Pusat Latihan RELA Wilayah. Propektus latihan diedarkan di semua Pejabat RELA Daerah. Sila rujuk di Pejabat-Pejabat RELA yang berhampiran untuk mendapatkan jenis dan tarikh kursus yang diminati. Semua kursus ini adalah percuma untuk anggota RELA.
Di manakah kursus tersebut diadakan ?
  Jawapan :

Semua latihan akan diadakan di Pusat-Pusat Latihan RELA Wilayah iaitu di Bukit Selambau, Sungai Petani, di Kuala Berang, Hulu Terengganu , di Sungai Udang, Melaka dan di Pusat Latihan RELA Wilayah Sabah di Tuaran, Kota Kinabalu.Bagi Sarawak, latihan akan diadakan di tempat-tempat yang ditentukan oleh Bahagian Latihan negeri berkenaan kerana pusat latihan bagi negeri ini masih dalam peringkat pembinaan.
Operasi
Apakah jaminan jika berlaku kemalangan ke atas seseorang anggota RELA ?
  Jawapan :

Seseorang anggota RELA itu disarankan agar mencarum dalam Insuran Berkelompok yang diperkenalkan oleh RELA dengan kadar caruman sebanyak RM 20.00 setahun bagi setiap individu. Insuran ini memastikan seseorang anggota RELA itu mendapat perlindungan setiap masa. Selain itu, seseorang anggota RELA itu layak mendapat layanan kelas kedua di mana-,mana hospital kerajaan jika mendapat kemalangan ketika bertugas. Kerajaan juga akan memberi pertimbangan untuk membayar pampasan di bawah Tabung Amanah Perwira Negara jika seseorang anggota RELA terkorban ketika menjalankan tugas untuk negara.
Apakah kebajikan yang disediakan bagi seseorang anggota RELA.
  Jawapan :

Kebajikan setiap anggota RELA akan diberikan keutamaan.Setiap anggota RELA akan mendapatkan kelayakan mendapat rawatan Kelas Dua di mana-mana hospital kerajaan sekiranya mengalami musibah ketika bertugas. Mereka juga berpeluang mencarum dalam insurans berkelompok yang disyorkan oleh RELA. Selain itu, mereka akan mendapat sedikit imbuhan dari Tabung Aamal Jariah RELA berdasarkan jenis musibah yang dialami.Kerajaan juga telah bersetuju untuk memberikan insurans percuma kepada 100,000 anggota RELA yang aktif diseluruh negara sebagai insentif kepada sumbangan mereka.Bagi anggota RELA yang terkorban ketika bertugas, pertimbangan boleh dilakukan untuk membolehkan mereka mendapat pampasan dari Tabung Amanah Perwira Negara.

Agencies |

CLICK LOGO FOR SERVICES INFO

 PDRM  PENJARA  JIM  JPN  AADK  JPPM RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom

Agensi |

KLIK LOGO UNTUK KE MAKLUMAT PERKHIDMATAN AGENSI

 PDRM  PENJARA  JIM  jpn update  AADK  jppm update RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom