Maklumat Perkhidmatan
PUNCA KUASA
Akta Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012 (Akta 752)
– Mula berkuat kuasa pada 22 Jun 2012
Tugas dan kuasa RELA
Seksyen 5 (1)
Tiap-tiap pegawai dan anggota RELA hendaklah mempunyai tugas yang berikut:
a) membantu mana-mana pasukan atau pihak berkuasa keselamatan yang ditubuhkan di bawah undang-undang bertulis apabila diminta oleh pasukan keselamatan atau pihak berkuasa itu;
b) memberikan bantuan kepada pihak berkuasa yang berkaitan dalam mengawal dan mengubah haluan kenderaan motor;
c) mengambil bahagian dalam khidmat masyarakat;
d) membantu dalam melindungi bangunan, pepasangan atau harta lain yang dipunyai oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri atau mana-mana badan
berkanun lain atau apa-apa harta persendirian apabila diminta oleh pemunya bangunan, pepasangan atau harta itu; dan
e) menjalankan apa-apa perintah dan arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah yang selaras dengan peruntukan Akta ini.