Awam | Warga KDN   phone white 03 - 8000 8000  email icon  pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Selamat Datang

Pautan Pantas Maklumat Korporat, Direktori, Perkhidmatan Online, Terkini dan Menu Portal

  kdn mapkdn feedbackkdn contact uskdn faq

header plain mobile2

  • Laman Utama
  • Berita
  • PATI ke penjara khas KDN jika depot tahanan imigresen tidak mencukupi

PATI ke penjara khas KDN jika depot tahanan imigresen tidak mencukupi

PUTRAJAYA, 29 April -- Kerajaan akan menempatkan golongan pendatang tanpa izin (PATI) yang ditangkap semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di 11 penjara khas yang diwartakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sekiranya depot tahanan imigresen yang sedia ada tidak mencukupi.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan mempunyai persediaan bagi menempatkan golongan berkenaan di tempat itu yang dikhaskan bagi tahanan ingkar PKP.

"Di Taman Murni di Selayang, misalnya, setakat ini kawasan berkenaan masih dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) namun kerajaan sudah mempunyai perancangan untuk menghantar pendatang tanpa izin di kawasan itu ke depot tahanan imigresen sedia ada.

"Jika depot sedia (ada) tidak boleh menampung, penjara khas akan diguna pakai untuk menampung mereka," katanya pada sidang media harian berkaitan PKP, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Bernama melaporkan KDN telah mewartakan 11 penjara sementara bagi tahanan ingkar PKP setelah mendapat nasihat Pejabat Peguam Negara.

Penjara sementara ini telah mula beroperasi pada 23 April lepas dan Kementerian Kesihatan akan membantu menyediakan petugas kesihatan.

Agensi |

KLIK LOGO UNTUK KE MAKLUMAT PERKHIDMATAN AGENSI

 PDRM  PENJARA  JIM  jpn update  AADK  jppm update RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom

Agensi |

KLIK LOGO UNTUK KE MAKLUMAT PERKHIDMATAN AGENSI

 PDRM  PENJARA  JIM  jpn update  AADK  jppm update RELA AKSEM   Lembaga Penapis Filem  new ipsom  APMM Logo 2  esscom