1. SKIP_MENU
  2. SKIP_CONTENT
  3. SKIP_FOOTER

Alamat:  Bahagian Khidmat Pengurusan Dan Aset
               Aras 6, blok D2,Kompleks D,
               Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
               62546 putrajaya.

No. Tel:        03-8886 3124
No. Fax:       03-8889 1610/1613

Seksyen Pentadbiran dan Kewangan

  • Seksyen Pentadbiran dan Kewangan bertanggungjawab terhadap:
  1. Pengurusan Bahagian KP.
  2. Parkir Di Basement D1 Dan D2.
  3. Pakaian Korporat Dan Pakaian Seragam.
  4. Pengurusan Fail Dan Dokumen/Surat.
  5. Penyelenggaraan Bangunan Dan  Fasiliti KDN.
  6. Pengurusan Keselamatan Perlindungan Kompleks D.

Seksyen Pengurusan Aset dan Logistik

  • Seksyen Pentadbiran dan Kewangan bertanggungjawab terhadap:

 

  1. Pengurusan Aset .
  2. Pengurusan Kenderaan Dan Pemandu Kementerian.
  3. Pengurusan Kompleks KDN, ICQS dan Lisram

Seksyen Inovasi Dan Keurusetiaan

  • Seksyen Inovasi Dan Keurusetiaan bertanggungjawab terhadap:
  1. Penyelarasan Amalan 5S.
  2. Pengurusan ISO.
  3. Urusetia Mesyuarat PengurusanTertinggi.
  4. Urus Setia Mesyuarat Mingguan Sektor Pengurusan.
  5. Urus Setia Majlis Rasmi KDN.

 

Bahagian Khidmat Pengurusan dan Aset

Bahagian Khidmat Pengurusan merupakan bahagian yang menyediakan perkhidmatan sokongan dalam semua bidang khidmat pengurusan dan perhubungan awam dengan cekap dan berkesan.

Bahagian Khidmat Pengurusan juga mengendalikan semua aspek urusan keselamatan dokumen dan juga aspek fizikal, menguruskan sistem fail serta menjadi urus setia mesyuarat, semua majlis rasmi kerajaan dan lawatan-lawatan rasmi.

Visi

  • Menjadikan Bahagian Khidmat Pengurusan lebih komited, proaktif dan peka kepada setiap perubahan yang berlaku di persekitaran yang memerlukan tindakan segera dan efisien.

Misi

  • Menyedia dan memberikan Perkhidmatan Sokongan yang terbaik kepada seluruh warga KDN dan bertindak sebagai pemudah cara atau fasilitator untuk berfungsi dengan cekap dan efektif.

Objektif

  • Memberi perkhidmatan sokongan dan menjadi pemudah cara atau fasilitator kepada Bahagian/Jabatan/Unit di Kementerian;
  • Memastikan segala bentuk Perkhidmatan Sokongan yang diberi atau disalurkan telah / akan digunakan oleh Bahagian/Jabatan/Unit di Kementerian secara optimum mengikut garis panduan dan prosedur kerja yang telah ditetapkan; dan
  • Memastikan segala aspek keselamatan yang merangkumi seluruh warga Kementerian, dokumen / maklumat, bangunan dan harta-benda (peribadi dan Kerajaan) sentiasa terpelihara dan terjamin.

Fungsi

  • Memberi perkhidmatan sokongan dan memudahcara Bahagian-Bahagian dan Jabatan-Jabatan di dalam KDN;
  • Memberi perkhidmatan keurusetiaan dan penyelarasan kepada Bahagian-Bahagian dan Jabatan-Jabatan di dalam KDN;

 

  • Memberi perkhidmatan perpustakaan seperti mengurus, menyelenggara dan memelihara koleksi perpustakaan untuk kegunaan kakitangan merujuk atau meminjam bahan, serta perkhidmatan pengesanan dan pencarian sumber maklumat, mendokumen  maklumat dan edaran maklumat;
  • Memberi perkhidmatan perhubungan awam untuk penyampaian maklumat yang tepat dan jelas, meningkatkan pengetahuan orang ramai akan tugas dan tanggungjawab Kementerian Dalam Negeri dan penjelasan mengenai sebarang kemusykilan mengenai dasar  dan peraturan yang dilaksanakan oleh Kementerian. Fungsi utama Kementerian dapat dijelaskan dengan memberi penerangan, mengumpul maklumbalas dan mewujudkan perhubungan awam yang berkesan dengan pihak media; dan
  • Memberi perkhidmatan keselamatan fizikal serta keselamatan dokumen dan keselamatan peribadi Bahagian-bahagian dan Jabatan-Jabatan di dalam Kementerian Dalam Negeri.

 

  • Seksyen Pentadbiran dan Kewangan
  1. Memastikan pakaian seragam akan disiapkan sebelum penghujung bulan Mac pada tahun semasa.
  2. Pengesahan tempahan bilik mesyuarat yang dibuat  dapat dilakukan pada hari yang sama.
  3. Pengesahan  tempahan makan minum yang dibuat dapat dilakukan pada hari yang sama dengan syarat tempahan diterima sehari sebelum.
  4. Aduan dibuat mengenai penyelenggaraanakan disampaikan pada pihak kontraktor pada hari sama. Status menyemak kerja-kerja penyelenggaraan akan dijalankan dari masa ke semasa.
  5. Pembukaan fail atau menutup fail  akan dilakukan dalam masa satu hari.

 

  • Seksyen Pengurusan Aset dan Logistik
  1. Pendaftaran ast dilaksanakan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas perolehan aset diterima.
  2. Permohonan stok dari Bahagian akan diproses dalam tempoh satu hari bekerja oleh Stor Utama, KDN.
  3. Permohonan kenderaan secara online diluluskan selewat-lewatnya sehari sebelum hari perjalanan.
  •  Seksyen Inovasi Dan Keurusetiaan
  1. Mengedarkan Minit Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT) Kementerian Dalam Negeri dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh mesyuarat.
  2. Mengedarkan Minit Mesyuarat Mingguan Sektor Pengurusan (MMSP) Kementerian Dalam Negeri dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh mesyuarat.
  3. Mengedarkan Minit Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) Kementerian Dalam Negeri dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh mesyuarat.
  4. Memproses permohonan lawatan persendirian ke luar negara dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.

Agensi

Polis Diraja MalaysiaJabatan Penjara MalaysiaJabatan Imigresen malaysiaJabatan Pendaftaran Malaysia Agensi Antidadah Kebangsaan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia RELA PNMB Lembaga Penapis Filem

ISO

Ikuti Kami

QR KDNTwitterFacebook KDNRSS Portal iKDNVideo KDNEmel KDN

Statistik

16626527

MyGovernment Pemudah Ketua Setiausaha Negara Malaysia Biro Pengaduan Awam MSC  1Malaysia JPA BLESS
MAMPU HRMIS Suruhan Pilihan Raya Malaysia Talent Corporation Malaysia Pusat Rujukan Persuratan Melayu  MyGov Mobile United Against Crime