header plain mobile2

Permohonan Anggota RELA

Syarat - Syarat Am Untuk menjadi Ahli RELA:

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur 16 tahun ke atas bagi kaum wanita dan 17 tahun ke atas bagi kaum lelaki.
  • Sihat tubuh badan.

Kecuali:

  • Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi.
  • Ahli-ahli Jemaah Menteri dan ahli-ahli mana-mana Majlis Parlimen.
  • Ahli-ahli bagi mana-mana Majlis Mesyuarat Kerajaan atau mana-mana Dewan Undangan┬á sebagaimana ditakrif dalam Perlembagaan.
  • Wakil-wakil Diplomat atau Konsul yang bertauliah dan pekerja-pekerja diplomat dan konsul┬á yang tidak berdomisil di Malaysia.
  • Orang-orang yang bekerja dalam Perkhidmatan Kerajaan mana-mana anggota Komanwel lain daripada Malaysia dan yang ada di Malaysia semata-mata oleh sebab mereka bekerja dalam perkhidmatan itu.
  • Anggota-anggota yang sedang berkhidmat dalam Angkatan Tentera Persekutuan.
  • Anggota-anggota yang sedang berkhidmat dalam Pasukan Sukarela Tentera Laut DiRaja Malaysia.
  • Pasukan Pertahanan Tempatan, Pasukan Sukarela Tentera Udara DiRaja Malaysia.┬á Anggota-anggota Pasukan Polis.
  • Orang-orang sakit otak dalam pengertian mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Malaysia.
  • Orang-orang yang diperakui sebagai buta oleh pengamal perubatan berdaftar.
  • Ahli-ahli Pasukan Bomba yang disenggara di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Malaysia.
  • Mana-mana orang lain atau mana-mana golongan orang lain yang dikecualikan daripada peraturan-peraturan ini dengan perintah Menteri.