Syarat Permohonan
- Perayu adalah diminta supaya mengemukakan rayuan kepada Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Kementerian Dalam Negeri.
- Rayuan adalah di dalam bentuk surat rasmi dan salinan surat penolakan daripada Ketua Polis Negara perlu disertakan.
- Rayuan perlu dikemukakan di dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh surat penolakan Ketua Polis Negara.
- Bagi penolakan dari Ketua Polis Negeri, tuan adalah dinasihatkan supaya mengemukakan rayuan kepada Ketua Polis Negara dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh penolakan asal.
- Perayu turut dinasihatkan supaya menyertakan bersama butiran berkaitan yang difikirkan perlu untuk mengemaskini maklumat berkaitan rayuannya.
- Setelah rayuan yang lengkap diterima, Kementerian akan memaklum terima rayuan tersebut dan perayu akan diberi nombor fail Kementerian seperti KDN.S.32/62 PT 17000. Nombor terakhir merupakan nombor rujukan tuan di Kementerian ini.