button awam button warga1 button agensi1

header plain mobile2

Permohonan Penambahan Cawangan

Prosedur Permohonan

  1. Syarikat membuat permohonan secara online di https://esims.moha.gov.my/eSIMS/
  2. Syarikat dikehendaki untuk mengemukakan kertas perancangan syarikat dengan mengemukakan dokumen tambahan seperti berikut :
  • Terma-terma perlantikan terhadap pengurus cawangan dilantik (dari segi pembayaran gaji, pengambilan pekerja, pembayaran gaji dan lain-lain)
  • Biodata pengurus cawangan
  • Pembayaran dari pelanggan kepada cawangan
  • Salinan sijil tapisan keselamatan pengurus cawangan
  • Salinan No. Kad Pengenalan pengurus cawangan

Tapisan Keselamatan

Syarat Permohonan

  1. Permohonan tapisan keselamatan bagi Kakitangan Syarikat, Pengawal Keselamatan Tempatan dan Pengawal Keselamatan Nepal perlu dilakukan secara online di https://esims.moha.gov.my/eSIMS/
  2. Gambar mestilah yang terkini serta menampakkan keseluruhan muka dan kedua-dua paras bahu dengan jelas.
  3. Gambar mestilah berwarna, serta bersaiz tidak melebihi 20KB dan berformat JPEG.
  4. Pengambilan pengawal mestilah tidak melebihi umur 60 tahun.
  5. Pengawal mestilah berstatus Warganegara Malaysia. Pengawal yang berstatus Penduduk Tetap adalah tidak dibenarkan.