button awam button warga1 button agensi1

Pengenalan

Bahagian Pendaftaran Negara dan Pertubuhan bertanggungjawab mengendalikan dasar, undang-undang serta peraturan yang berkaitan dengan kewarganegaraan dan pendaftaran negara bersesuaian dengan keperluan semasa negara. Ia juga berperanan dalam hal ehwal yang berkaitan dengan permohonan pendaftaran pertubuhan serta rayuan pendaftaran pertubuhan.

Visi
Peneraju dalam bidang pengurusan pendaftaran negara, kewarganegaraan dan pendaftaran pertubuhan bagi memenuhi matlamat Kementerian Dalam Negeri.

Misi
Memastikan dan menentukan pelaksanaan perkara-perkara Pendaftaran Negara dan Pertubuhan mencapai matlamat Kementerian Dalam Negeri.

Objektif

  • Memastikan dasar, undang - undang dan peraturan berhubung kewarganegaraan dan pendaftaran negara bersesuaian dengan keperluan semasa negara.
  • Menentukan pemberian taraf kerakyatan Malaysia kepada orang asing berasaskan kepentingan negara dan melucutkan kewarganegaraan orang-orang yang telah melakukan perbuatan yang membolehkan perlucutan kewarganegaraan tersebut.