Laman Web Rasmi PUSPANITA Kementerian Dalam Negeri
 
 
  
 
 

 
 

 

PERUTUSAN PENAUNG
PUSPANITA KEMENTERIAN DALAM NEGERI


Selamat Datang ke Laman Web PUSPANITA KDN

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Mesra

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, Laman Web PUSPANITA telah berjaya dibangunkan. Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada semua pihak yang telah terlibat dalam membangunkan Laman Web ini.

Sesungguhnya dalam era dunia tanpa sempadan tidak dapat dinafikan bahawa Laman Web merupakan satu media alternatif yang paling berkesan untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Dengan demikian PUSPANITA KDN juga tidak harus ketinggalan dan perlu bergerak seiring dengan kemajuan, iaitu menggunakan saluran internet sebagai medium untuk menyampai dan mendapatkan maklumat atau berita terkini berkaitan dengan aktiviti-aktiviti PUSPANITA KDN khasnya dan PUSPANITA Kebangsaan amnya.

Saya amat berharap agar semua ahli PUSPANITA KDN akan mengambil peluang ini untuk berkongsi idea, pengetahuan dan pengalaman bagi membantu mempertingkat dan memantapkan lagi PUSPANITA KDN. Melalui slogan 1 Malaysia 1 Puspanita, Laman Web PUSPANITA KDN diharap dapat menjadi medium yang penting kepada semua ahli PUSPANITA KDN dalam usaha untuk meningkatkan lagi jalinan yang erat di antara warga KDN tidak mengira pelbagai kaum untuk menyertainya.

Akhir kata, saya menyarankan supaya semua ahli-ahli PUSPANITA Kementerian Dalam Negeri bersatu hati dalam memperkasakan moto PUSPANITA iaitu “WANITA SEPAKAT, NEGARA MENINGKAT”

Sekian, terima kasih.

 

Tengku Datin Seri Marsilla Binti Tengku Abdullah
Penaung
PUSPANITA KDN

 

             

Penafian: PUSPANITA KDN tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan
yang dialami pengguna kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini.