phone03 - 8000 8000 envelopepro[at]moha[dot]gov[dot]my

  03 - 8000 8000       
  pro[at]moha[dot]gov[dot]my


FAQ Contact Us Complaints and Feedback Site Map

  • Home
  • Berita
  • PM Umum Berita Baik Buat Pesara Polis

PM Umum Berita Baik Buat Pesara Polis

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan berita baik meliputi empat perkara yang memberi manfaat kepada kira-kira 123,000 pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata kerajaan akan memperuntukkan RM3 juta untuk Tabung Amanah Warisan Polis setiap tahun selama tempoh tiga tahun bagi membantu kebajikan pesara dan keluarga mereka, memperuntukkan kuota khas haji, sebahagian daripada10,000 unit skim Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)-PDRM akan dikhaskan kepada pesara polis dan kemudahan penyaluran bantuan kepada mereka menerusi Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis.



Bilangan kuota khas haji untuk pesara polis itu akan umumkan perdana menteri selepas kerajaan mendapat jumlah kuota keseluruhan daripada kerajaan Arab Saudi.



"Selepas itu saya akan beritahu timbalan perdana menteri dan ketua polis negara berapa jumlah untuk dikhaskan kepada pesara-pesara," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan lebih 5,000 pesara polis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.



Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.



Najib berkata Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis akan disusun semula dan cawanganya akan dibuka di setiap negeri bagi memudahkan penyaluran bantuan kepada pesara polis.



"Kesemua ini bukanlah nilai kepada perjuangan pesara kerana sumbangan anda tidak ternilai dalam menjaga agama, bangsa dan negara," katanya.



Najib turut meminta Ketua Polis Negara mengenal pasti pesara yang tertinggal daripada mendapat pengiktirafan atas jasa yang dilakukan selama ini.



"Bukanlah mereka berjuang kerana nak pingat, tetapi mereka inginkan pengiktirafan daripada negara," katanya.



Dalam pada itu, Najib mengingatkan pesara supaya terus menyokong kerajaan sedia ada bagi membolehkan negara menuju ke puncak kejayaan.



Beliau berkata pesara dan rakyat tidak seharusnya membuat perhitungan yang salah dengan memilih pihak tanpa ideologi serta tidak memikirkan perjuangan agama, bangsa dan negara.



"Tanah air inilah sahaja yang ada pada kita, perjuangan yang dulu pasukan keselamatan lakukan janganlah disia-siakan...banyak lagi yang ingin kita (kerajaan) lakukan," katanya.

-- BERNAMA

AGENCIES & EXTERNAL LINKS


AGENCIES & EXTERNAL LINKS


alamat Blok D1, D2, D7 & D9, Kompleks D, Pusat Pentadbiran, Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya
hubungi Tel: 03 8000 8000
Fax : 03-88891613 / 03-88891610
emel pro[at]moha[dot]gov[dot]my

Copyright Reserved © Ministry of Home Affairs
Best viewed using Mozilla Firefox 3, Internet Explorer 10
and Google Chrome with minimum resolution of 1366x768

fb3 update tweet update youtube insta

  • Latest Update : 21 September 2022.
Visitor Count : 815905

moha qrcode