Pengenalan
Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PKK), Kementerian Dalam Negeri telah ditubuhkan secara rasminya pada 1 Mac 2018 dengan menggabungkan Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran (PQ), Bahagian Kawalan Filem dan Penguatkuasaan (KF) dan sebahagian anggota penguatkuasa daripada Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam (KK). Seksyen-seksyen di Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PKK) adalah:
i. Seksyen Regulatori Penerbitan
ii. Seksyen Regulatori Al-Quran
iii. Seksyen Regulatori Hadith
iv. Seksyen Penguatkuasaan Dan Pematuhan
v. Seksyen Pengurusan Strategik
vi. Seksyen Khidmat Pengurusan
Akta-Akta yang dikawalselia:
i. Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984
ii. Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986
Akta-Akta yang dikuatkuasakan:
i. Akta Penapisan Filem 2002
ii. Akta Agensi Persendirian 1971