Pengenalan
- Pejabat Penasihat Undang-undang ialah suatu Bahagian yang dipertanggungjawabkan untuk mengawalselia dan menangani semua isu yang melibatkan undang-undang yang berada di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri (“KDN”).
- Pejabat ini juga berperanan untuk memberi khidmat nasihat perundangan kepada 26 Bahagian dan 11 Agensi di bawah KDN bagi semua isu perundangan yang dibangkitkan oleh Bahagian dan Agensi yang terlibat.
- Pejabat ini terdiri daripada Peguam Kanan Persekutuan dan Peguam Persekutuan yang antara lain berperanan untuk:
- Menyediakan dan menguruskan segala aspek pembelaan terhadap permohonan kes Habeas Corpus serta semakan kehakiman;
- Memberikan nasihat undang-undang kepada Kementerian secara bertulis atau lisan;
- Menggubal / meminda undang-undang utama, termasuk peraturan bagi pihak Kementerian Dalam Negeri;
- Menggubal / meminda undang-undang subsidiari, termasuk peraturan-peraturan bagi pihak Kementerian Dalam Negeri;
- Menyemak segala dokumen perjanjian dan dokumen yang ada kesan di sisi undang-undang untuk ditandatangani oleh Kementerian;
- Menjadi perantara bagi pihak Kementerian dalam kes sivil yang di bawah bidang kuasa dan kawalan Penasihat Undang-Undang–memfailkan tindakan bagi pihak Kerajaan sebagai yang menuntut; dan
- Menjadi perantara bagi pihak Kementerian dalam kes sivil yang di bawah bidang kuasa dan kawalan Penasihat Undang-Undang–tindakan di mahkamah apabila pihak Kerajaan dituntut.